HEADLINES

‘Umno bukan parti anak beranak: Akmal tempelak Puad Zarkashi

Akmal berkata, dalam pengumuman barisan calon untuk bertanding pada PRN Johor, 13 calon adalah mereka yang berusia bawah 40 tahun, membuktikan ramai anak muda yang dipilih

1:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno akan membuat laporan polis di seluruh negeri Johor terhadap bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mengaitkan Institusi Diraja dalam proses pemilihan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh berkata, ia merupakan satu tuduhan yang sangat berat dan mahu polis membuat siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Ini satu tuduhan yang sangat berat kepada Institusi Diraja. Kalau tuduh Institusi Diraja macam ni sekali ni, ini berat tuduhannya. Jadi pada Datuk Puad Zarkashi, saya nak beritahu, parti ini bukan parti anak beranak. Parti ini memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya dan juga mengasah bakat kepimpinan.

“Jadi kalau parti ini tak dapat menunaikan permintaan dan hasrat Datuk Puad Zarkashi, janganlah tuduh parti ni dah tak berguna, dah tak ada aspirasi orang muda,’’ katanya menerusi klip video yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan tindakan Datuk Mohd Puad Zarkashi meninggalkan parti sebenarnya berpunca daripada kekecewaan gagal mendapatkan pencalonan buat anaknya di DUN Rengit, dan bukannya akibat campur tangan Istana Johor.

Asyraf Wajdi mendedahkan, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu sebelum ini pernah menghantar mesej panjang lebar yang berbaur ugutan untuk menghentam parti sekiranya tuntutan peribadi itu tidak dipenuhi.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, beliau menghormati jasa dan keputusan yang dibuat oleh Puad namun menyifatkan kenyataan bekas Speaker Johor itu seolah-olah Umno Johor tidak menepati aspirasi orang muda.

Jelasnya, dalam pengumuman barisan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, 13 calon adalah mereka yang berusia bawah 40 tahun.

“Jadi ini semua orang muda. Adakah apabila permintaan Datuk Puad Zarkashi yang sebelum ni permintaan kepada pimpinan parti untuk meletakkan anak Datuk di DUN Rengit tidak diterima, tiba-tiba Umno Johor tidak ada aspirasi orang muda.

“Ramai lagi orang muda yang ada yang telah kita pilih. Jadi kalau anak datuk tidak dapat jadi calon, tak apalah. Tidak bermakna Umno Johor ni tidak menjadi aspirasi.

“Saya nak tanya juga Datuk Puad Zarkashi, pada pilihan raya negeri yang lepas, Datuk umur lebih kurang 63, 64 tahun pada ketika itu. Adakah itu menepati aspirasi orang muda pula,’’ soalnya. – 25 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Petronas and Petros: a tale of smiles in public, discord in court

Behind a façade of harmony, a legal feud brews over Sarawak’s gas monopoly 

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related