◉ HEADLINES

Pengerusi FAMA tidak faham peranan FAMA dalam mengedar beras putih tempatan: Ronald

Sekiranya benar menteri telah mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras, maka arahan menteri itu telah melanggar Akta 141

7:44 PM MYT

 

SANDAKAN – Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee membidas pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Aminuddin Zulkipli yang didakwa tidak memahami peranan agensi berkenaan berhubung pengedaran beras.

Menurut Ronald, meskipun sebelum ini Aminuddin mengakui bahawa beras bukan di bawah bidang kuasa pemasaran FAMA namun beliau tetap menyatakan tindakan agensi berkenaan mengedarkan beras putih tempatan adalah sah kerana menerima arahan daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

“Kenyataan ini mencerminkan bahawa Pengerusi FAMA tidak faham akan Akta FAMA. Ia ditubuhkan di bawah Akta Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 [Akta 141].

“Akta 141 itu jelas memperuntukkan dalam seksyen 2 tafsiran bahawa FAMA boleh memasarkan apa-apa ‘keluaran pertanian’ kecuali nanas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau.

“Pada 2022, seksyen 2 telah dipinda dengan memberikan kuasa kepada FAMA untuk mengedarkan haiwan, karkas dan penghasilan daripada haiwan itu.

“Pindaan diluluskan oleh Parlimen sebelum ia berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu bagi membolehkan FAMA melaksanakan tugasnya di bawah kuasa undang-undang yang sah dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana ia melibatkan pengunaan wang rakyat dalam operasi FAMA,” kata Naib Presiden Bersatu itu.

Ronald berkata di dalam Akta 141, kuasa untuk Menteri Pertanian memberikan arahan kepada FAMA ada dinyatakan dalam subseksyen 3(4) yang dinyatakan seperti berikut:

“(4) Menteri boleh memberi kepada Pihak Berkuasa arahan yang bersifat umum, tidak bercanggah dengan Akta ini, tentang perjalanan fungsi pihak berkuasa.

“Adalah jelas arahan yang diberikan oleh menteri kepada agensi tersebut tidak boleh melanggar peruntukan Akta 141. Oleh itu FAMA tidak boleh memasarkan atau mengedarkan beras dan menteri tidak boleh mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras kerana Akta 141 tidak membenarkan ia berbuat demikian,” jelasnya.

Justeru, kata beliau, sekiranya benar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengarahkan FAMA untuk mengedarkan beras, maka arahan menteri itu telah melanggar Akta 141. – 6 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Budget 2026: RM580m boost for sports development

Funding will strengthen elite programmes, prepare for the 2027 SEA and Asean Para Games, and upgrade facilities while expanding support for para-athletes

‘Tambah spot busking di Bukit Bintang’ Bob Sentuhan Buskers mohon DBKL beri pertimbangan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menambah lagi ‘spot’ untuk pemuzik jalanan di ibu kota mengadakan persembahan terutama di kawasan sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pelancong luar.

Noki K-Clique sedang mengenali seorang pelakon wanita, rancang berkahwin usia 30 pada tahun hadapan

Melihat rakan-rakan seperjuangan lain sudah mendirikan rumahtangga, ia membuatkan rapper dan juga pelakon, Noki K-Clique berasa tertekan serta mahu mengikut jejak langkah yang sama

◉ Related