◉ HEADLINES

PN sudah hilang ‘taring’ tapi kekal berkuasa kerana majoriti ‘kader’

Nur Jazlan menasihati pengundi luar di Kelantan supaya tidak mementingkan diri sendiri kerana dapat hidup selesa dan mencari nafkah di negeri lain yang maju serta membangun

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) didakwa sudah hilang ‘taring’ susulan pelbagai skandal menyelubungi pemimpin kanan gabungan itu, namun masih kekal bertahan dan berkuasa disebabkan faktor pengundi luar.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, situasi itu dapat dilihat di Kelantan apabila golongan pengundi PAS adalah majoriti ‘kader’ yang dilahir dan dibesarkan melalui doktrin parti itu sejak zaman sekolah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) lagi.

“Mereka inilah yang jumud dengan PAS, tak cari makan di negeri yang tak pernah ditadbir PAS. Mereka hidup selesa di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Perak, Penang, Negeri Sembilan tanpa banyak masalah air, pengangkutan awam, kemudahan infrastruktur dan pembangunan.

“Tapi bila time (masa) mengundi, mereka akan berduyun-duyun balik Kelantan dan pangkah PAS. Lepas menangkan PAS, mereka akan kembali semula ke sarang mereka yang selesa dan tinggallah mak ayah, saudara mara dan sahabat handai berdepan kehidupan seksa di bawah pemerintahan yang tak kompeten,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Nur Jazlan yang juga Ketua Umno Bahagian Pulai mendakwa, PN cuba bermain wayang lagi pada PRN kali ini, tetapi ramai rakyat tahu temberang dan tembelang mereka sudah pecah.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk) Wan Saiful (Wan Jan) sudah masuk geng kluster mahkamah dan tunggu masa menghadap muka hakim untuk jawab pertuduhan.

“Kali ini mereka main pula sentimen Melayu dan Islam. Duduk sembang kononnya gelombang hijau akan melanda Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Sebenarnya mereka sendiri sudah goyah sebab sudah ada angin perubahan dan pemberontakan rasa dalam kalangan rakyat di Kelantan, Terengganu dan Kedah,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan pengundi di Kelantan supaya tidak mementingkan diri sendiri kerana dapat hidup selesa dan mencari nafkah di negeri lain yang maju serta membangun.

“Fikirkanlah tentang nasib orang kampung yang terpaksa hidup susah berpuluh-puluh tahun di bawah satu kerajaan yang gagal.

“Kalau nak cerita kononnya kerajaan Kelantan adalah kerajaan Islam, adakah negeri yang kamu cari rezeki dan tinggal sekarang ini bukan negeri Islam? Adakah kamu sudah sesat dan tak Islam lagi sejak duduk di negeri lain?” soalnya.

Sementara itu, Nur Jazlan turut menitipkan pesanan kepada pengundi Kedah bahawa masih belum terlambat untuk mereka menukar kerajaan di negeri itu menerusi kertas undi.

“Wahai orang Kedah, hangpa sudah saksikan macam mana kerajaan PAS Kedah bawah (Datuk Seri Muhammad) Sanusi (Md Nor) banyak ‘mohong’ kan? Sanusi hanya banyak cakap tapi tak cekap buat kerja.

“Sanusi hanya asyik cari gaduh dengan orang bukannya nak fikir cara bawa pembangunan. Masih belum terlambat untuk hangpa semua berubah. Jangan sampai jadi macam PAS Kerajaan bila puluhan tahun jadi kerajaan, mereka naik lemak,” katanya. – 11 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related