◉ HEADLINES

Sanusi, jangan bawa ‘loqlaq’ anda ke Johor: Pemuda Umno

Menteri Besar Kedah itu didakwa hanya cuba mempengaruhi rakyat untuk membuat 'eksperimen' di kawasan berkenaan

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) diingatkan jangan terlalu taksub bermain dengan persepsi tanpa menyatakan idea dan solusi mahu diketengahkan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Naib Ketua Pemuda Umno, Mohd Hairi Md Shah berkata, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa hanya cuba mempengaruhi rakyat untuk membuat ‘eksperimen’ di kawasan berkenaan tanpa menawarkan sebarang solusi.

“Saya agak pelik dan keliru mengapa Sanusi cuba bermain dengan persepsi sedemikian sedangkan tidak mengemukakan apa yang cuba PN ingin bawa untuk Johor.

“Jadi, saya minta Sanusi usahlah terleka dan terlalu berbangga dengan kemenangan partinya di Kedah, Kelantan dan Terengganu tempoh hari. Jangan bawa ‘loqlaq’ anda ke Johor.

“Ini bukan masa hendak bereksperimen. Ini masa untuk Johor terus memacu agenda ‘Maju Johor’ yang digagaskan,” katanya kenyataan, hari ini.

Mohd Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Larkin turut mengingatkan Menteri Besar Kedah itu supaya jangan sesekali berani menggunakan sentimen atau menyentuh Institusi Diraja Johor.

“Memang ini hanyalah PRK satu Parlimen dan satu DUN yang tidak membolehkan PN membentuk kerajaan di Johor, tetapi jika cita-cita ingin membawa gelombang PN, sepatutnya beliau perlu nyatakan apa yang mahu dibawa PN ke negeri itu.

“Di Johor ada cara Johor. Bangsa Johor ada identiti tersendiri dan politik di sini juga ada caranya yang tidak terikut dengan negeri lain. 

“Jangan terlalu taksub bermain persepsi, tapi raikan pesta demokrasi ini dengan idea dan solusi,” katanya.

Kelmarin, Sanusi dilaporkan berkata, gelombang PN yang melanda beberapa negeri ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, dijangka berulang di Johor dengan kemasukannya bermula dari Muar dan berakhir di Johor Bahru.

Sanusi mendakwa, DUN Simpang Jeram akan menjadi pintu masuk dan pencetus gelombang PN sebelum bertapak di negeri ini pada pilihan raya akan datang. – 26 Ogos, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

RM460m budget boost to power RTG, para-athletes, and regional games prep: KBS

With RM460 million secured for national sports development and RM240 million earmarked for the 2027 SEA Games, KBS sets its sights on building a comprehensive, sustainable sporting ecosystem

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related