HEADLINES

‘Wang peruntukan ahli Parlimen, itu hak kami’: Shahidan

Beliau turut mendakwa bahawa tindakan menyimpan peruntukan yang menjadi hak ahli Parlimen adalah berdosa

7:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen pembangkang hari ini, berterusan mendesak supaya peruntukan kepada mereka diberikan supaya dapat membantu rakyat di kawasan masing-masing.

Datuk Seri Shahidan Kassim (Pas-Arau) pada sidang media di lobi Parlimen, berkata, manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum lalu sudah berjanji memberi peruntukan sama rata kepada semua ahli Parlimen, termasuk daripada pembangkang.

“Sila tunjukkan kepada saya sebuah negara di dunia yang tak memberi peruntukan? Seluruh dunia, sebut di mana? Tenggara Asia, di Kemboja, di Indonesia, Singapura, semua bagi peruntukan kepada pembangkang.

“Jadi saya minta supaya PM (Perdana Menteri) beri balik peruntukan kepada ahli Parlimen. Kita memikirkan bahawa apa dibuat kerajaan lepas, dia nak tiru, tapi jangan lupa manifesto PH nak bagi peruntukan sama rata.

“Kalau kami (pembangkang) ada peluang memerintah, kami akan pastikan beri sama rata, ini adalah hak mereka yang tidak wajar ditangguh mana-mana pihak,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan menyimpan peruntukan yang menjadi hak ahli Parlimen adalah berdosa.

“Perdana Menteri jangan lupa, beri peruntukan Parlimen, menyimpan duit peruntukan Parlimen, itu hak kami, saya ingat dari segi hukum, berdosa.

“Rakyat yang menunggu sumbangan dan bantuan daripada kami menghadapi masalah, kerana menyimpan peruntukan ahli Parlimen

“Ini kali pertama dalam hidup (saya ahli Parlimen paling lama) dihukum begitu rupa, satu perbuatan yang tidak wajar,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, ramai ahli Parlimen yang ‘koyak’ ketika sesi penggulungan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

“Saya tengok adegan di Parlimen tadi, ramai ‘koyak’, Perdana Menteri bagi jawapan pertama ok, kedua tu nampaknya ada masalah, mungkin dia jawab bagus, tapi mungkin menteri-menterinya tidak melaksana dengan baik.

“Kita kena ingat, apa pun mereka nak kata, harga beras tempatan naik, beras import naik, saya nak tanya apa alasan konkrit dan munasabah kenapa harga beras import diapungkan?.

“Kenapa? Ia makanan asas rakyat bukan sahaja rakyat Malaysia, tapi seluruh dunia dan semua negara, walaupun ada negara tak keluarkan beras memberi perlindungan kepada makanan asasi,” katanya – 19 September, 2023.

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related