◉ HEADLINES

Saya harap lakonan dalam Pagari Bulan dapat tebus kritikan peminat yang menonton Luruhnya Bunga Cinta: Aniq Durar

Mengenai persamaan watak dengan Leftenan Koishi yang dibawakan Aqasha di dalam filem Embun, Aniq memberitahu, dia membawa watak Leftenan Miura dengan interpretasi sendiri

11:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon baharu yang sedang mencipta nama, Aniq Durar berharap lakonannya sebagai Leftenan Miura dalam filem Pagari Bulan arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, dapat menebus kekecewaan peminat yang mengkritik lakonannya menerusi drama bersiri, Luruhnya Bunga Cinta.

Menurut Aniq yang berdarah campuran Melanau-Pashtun ini, sebagai orang baharu, dia masih lagi dalam proses belajar untuk menjadi seorang pelakon.

“Saya maklum dengan kritikan yang dilemparkan kepada saya di dalam drama tersebut. Tapi, rakan-rakan artis minta saya untuk tidak membacanya kerana mereka tidak mahu saya berasa down atau patah semangat.

“Tapi, saya harap bila filem ini keluar, ia akan mengubah fikiran dan pandangan mereka terhadap lakonan saya,” katanya.

Pelakon kacak berusia 30 tahun itu juga menyedari bahawa dia perlu meningkatkan lagi mutu lakonannya pada masa akan datang.

“Banyak yang perlu saya pelajari lagi termasuk mengambil kelas lakonan dan saya juga masih dalam proses belajar untuk menguasai bahasa Melayu Semenanjung dengan baik.

Filem Pagari Bulan akan ditayangkan di pawagam pada 5 Oktober ini. – Gambar sosial media, 28 September, 2023

“Tahun lepas, kalau saya diwawancara, mungkin saya tidak dapat bercakap langsung. Tapi, tahun ini saya dah boleh bercakap.  Mungkin, saya perlukan masa selama beberapa bulan atau setahun lagi untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa tersebut.

“Sebelum ini, saya memang tidak pernah bercakap slang Melayu Semenanjung. Saya banyak guna bahasa Melayu Sarawak atau Inggeris apabila berkomunikasi di rumah,” katanya ketika ditemui usai majlis tayangan gala filem, Pagari Bulan.

Mengulas mengenai wataknya sebagai Leftenan Miura dalam filem tersebut, Aniq berkata, dia bersyukur apabila diberikan peluang untuk membawa watak itu walaupun sukar kerana pada masa sama perlu menguasai bahasa Jepun.

“Miura adalah seorang leftenan yang mempunyai integriti dan moral yang sangat tinggi kerana berpegang kepada tujuh prinsip Samurai. Sikapnya yang baik membuatkan dia tidak setuju dengan sikap askar Jepun lain.

“Untuk menjayakan watak ini, boleh kata hari-hari saya cuba berlatih untuk bercakap menggunakan dialog bahasa Jepun.

“Babak paling mencabar bagi saya adalah sewaktu saya dikurung di sebuah sangkar di dalam sungai. Saya tak suka sejuk dan bayangkan saya kena rendam selama empat jam. Kalau anda nampak saya menggeletar, itu memang real,” katanya yang berazam mengikut jejak langkah Henry Golding, mencipta nama di luar negara.

Untuk menjayakan watak Leftenan Miura, Aniq Durar berkata dia cuba berlatih untuk bercakap menggunakan dialog bahasa Jepun setiap hari. – Gambar Scoop, 28 September, 2023

Ditanya mengenai persamaan wataknya dengan Leftenan Koishi yang dibawakan Aqasha di dalam filem Embun arahan Erma Fatima, Aniq berkata, dia tidak pernah menonton filem tersebut, namun mengetahuinya melalui TikTok.

“Mengenai persamaan watak seperti yang dikatakan itu, saya rasa semua karakter Jepun atau karakter Melayu mempunyai perbezaan dan saya cuba menginterpretasikan watak Leftenan Miura ini dengan cara saya sendiri.

“Selain menggunakan nota yang diberikan pengarah, saya juga mengikuti kelas lakonan daripada Dr Norzizi Zulkifli untuk menjiwai watak tersebut. Saya tidak buat rujukan daripada mana-mana filem untuk watak ini,” katanya.

Pagari Bulan merupakan filem pertama lakonannya yang muncul di pawagam dan Aniq mempunyai dua lagi projek filem yang bakal menjengah pawagam pada tahun ini, disusuli dengan sebuah lagi filem, Nyonya Ronggeng arahan Raja Mukhriz pada tahun hadapan. – 28 September, 2023 

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related