HEADLINES

DJ Lin nafi iri hati dengan kemenangan Tyzo di ABPBH 

Anggap Tyzo sebagai adik, tak pernah cemburukan kejayaan penyampai Suria Petang itu

9:58 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pengurus stesen radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin menafikan dakwaan bahawa dia cemburu dengan kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun lalu sehingga mendorongnya menamatkan kontrak penyampai segmen Suria Petang itu.

Menurut DJ Lin, dia tiada kuasa untuk menamatkan kontrak penyampai radio tetapi keputusan dibuat oleh pihak atasan.

“Saya tidak pernah cemburukan kejayaan Tyzo. Malah bangga apabila ada penyampai radio dari Suria FM yang berjaya memenangi anugerah.

“Saya sendiri minta untuk petugas Suria membuat hantaran istimewa di akaun media sosial rasmi Suria FM sempena meraikan kejayaan Tyzo,” katanya ketika ditemui di sidang media Suria FM.

Pengurus stesen radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin. – Gambar Scoop, 19 Januari, 2024

Mengulas mengenai dakwaan mengatakan bahawa dia sengaja tidak menghantar nama Tyzo untuk dicalonkan, kata DJ Lin, keputusan tersebut bukanlah dibuat olehnya, tetapi pengurusan tertinggi Suria FM.

DJ Lin turut akui dia tergamam apabila Tyzo mengucapkan ‘terima kasih di atas penganiayaan ini’ di hadapan mukanya sewaktu mahu meninggalkan konti Suria FM.

“Saya rasa bukan saya sahaja, tetapi semua yang ada di dalam konti itu juga tergamam. Tak sangka itu yang keluar dari mulut dia.

“Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Cuma saya rasa agak sedih. Saya tak tahu apa masalah dia dengan saya.

“Saya anggap dia sebagai adik. Saya kenal dia sejak dari 2006. Saya sayangkan silaturahim sebagai kakak dan adik,” katanya.

Terdahulu, kontrak Tyzo bersama Suria FM ditamatkan pada Jumaat lalu dan menimbulkan kontroversi dalam kalangan pendengar. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related