◉ HEADLINES

Yang Dipertua PAS Langkawi dipilih sebagai Speaker DUN Kedah

Beliau adalah calon tunggal jawatan itu yang namanya dicadangkan Menteri Besar

11:53 AM MYT

 

ALOR SETAR – Yang Dipertua PAS Langkawi, Zubir Ahmad hari ini dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-15.

Pemilihan beliau itu dibuat pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama DUN Ke-15 yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini.

Menteri Besar Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan Zubir, 60, untuk memegang jawatan itu.

Cadangan terbabit kemudian disokong Adun Merbau Pulas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, Datuk Siti Ashah Ghazali.

Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mohamad Azlee Ahmad berkata, disebabkan hanya seorang calon Speaker dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, Zubir diisytiharkan sebagai Speaker DUN Kedah Ke-15.

“…oleh kerana seorang calon saja dikemukakan dan bagi mematuhi Peraturan 4 (5) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kedah, maka saya dengan ini mengisytiharkan YB (Yang Berhormat) Encik Zubir Ahmad dipilih menjadi Speaker DUN Kedah yang ke-15 ini,” katanya. – 25 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Shafiq antara Ketua Bahagian Bersatu dipanggil beri keterangan Lembaga Disiplin, sifatkan kebebasan bersuara sudah dilenyapkan

Saya juga tidak faham sebagai rakan komponen Perikatan Nasional (PN) kita tidak boleh menyokong PAS yang juga adalah rakan dalam PN sendiri, kata Shafiq.

‘Siapa dia nak tentukan saya boleh sertai PN atau tidak’ Hamzah bidas Muhyiddin

'Kalau sayalah jadi presiden, walaupun saya adalah pengasas parti, tapi kalau dah ramai sangat berhenti, maka itu menunjukkan parti ini tiada lagi dokongan daripada pemimpin bahagian, kata Hamzah

Tembok China kebal, hajat Malaysia terhenti di suku akhir

Walaupun tewas, Malaysia tetap boleh berbangga apabila mara ke suku akhir buat kali keempat, sekali gus menyamai pencapaian terbaik dalam sejarah penyertaan selepas edisi 2004, 2008 dan 2010

◉ Related