◉ HEADLINES

Lonjakan kes tak mengejutkan, Covid-19 sudah jadi endemik: Pakar kesihatan

Tiada varian baharu berbahaya dikesan, sebaliknya jangkitan virus biasa yang boleh dicegah dengan suntikan vaksin

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peningkatan kes Covid-19 sejak bulan lalu tidak mengejutkan memandangkan jangkitan itu sudah menjadi endemik (penyakit atau wabak yang sentiasa wujud) sama seperti penyakit batuk dan selesema.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, peningkatan kes itu tidak melibatkan sebarang varian berbahaya, sebaliknya jangkitan virus biasa yang boleh dicegah dengan suntikan vaksin.

“Setakat ini, tiada sebarang varian baharu berbahaya dilaporkan, sebaliknya hanya varian biasa. Tapi apa yang kita takutkan kalau ada varian baharu yang berbahaya.

“Jadi, nasihat saya jika anda dijangkiti Covid-19, jangan lupa ambil vaksin dan ikut segala langkah panduan SOP (prosedur operasi standard) yang dikeluarkan KKM (Kementerian Kesihatan),” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan pada minggu epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) dari 19 hingga 25 November lalu, sebanyak 3,626 kes dilaporkan iaitu peningkatan sebanyak 57.3 peratus, berbanding 2,305 kes pada ME 46/2023 (12 hingga 18 November 2023).

Menurutnya, majoriti kluster yang dilaporkan adalah daripada kluster pendidikan.

Bagaimanapun, Dr Sharifa melihat tidak ada keperluan untuk sekolah menutup operasi mereka memandangkan peningkatan kes ketika ini tidak melibatkan varian berbahaya.

“Buat masa sekarang tidak perlu tutup (sekolah) sebab varian tidak berbahaya.

“Saya rasa kluster pendidikan ini agak banyak bilangannya mungkin sebab ada sesetengah pelajar masih belum mengambil vaksin dan menyebabkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19,” katanya.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata tidak ada keperluan untuk sekolah menutup operasi memandangkan peningkatan kes ketika ini tidak melibatkan varian berbahaya. – Sairien Nafis/Scoop, 6 Disember, 2023

Dalam pada itu, Dr Sharifa turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kesihatan diri sentiasa pada tahap terbaik.

“Pokok pangkalnya anda mesti sentiasa jaga kesihatan, contohnya kalau anda seorang perokok, mungkin anda boleh berhenti (merokok).

“Untuk golongan berisiko seperti warga emas atau individu obesiti, mereka harus lebih berhati-hati kerana sistem imunisasi lemah.

“Kalau boleh elakkan pergi ke tempat sesak, jaga penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, pihaknya akan sentiasa mengikut saranan dan garis panduan yang dikeluarkan KKM sekiranya kes daripada kluster pendidikan terus meningkat.

“Kalau KKM arahkan sekolah perlu ditutup, NUTP akan mengikut segala SOP, saranan dan garis panduan yang diberikan KKM.

“KKM berhak buat keputusan itu sebab mereka lebih tahu (keadaan semasa kes Covid-19),” katanya. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related