◉ HEADLINES

Lelaki dipenjara 5 bulan, ugut bunuh, rogol anak Harith Iskander

Tertuduh ketika mengemukakan rayuan berkata dia berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja dan tiada maksud lain

3:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 ke atas seorang tukang rumah selepas dia mengaku bersalah menghantar kata-kata ugutan jenayah terhadap keluarga pelawak dan pelakon Harith Iskander.

Majistret S. Mageswary menjatuhkan hukuman itu terhadap Izzuddin Md Salim, 31, dan memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap pada 24 Jan dan juga mengarahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Izzuddin didakwa telah menghantar Whatsapp berserta gambar yang mengandungi kata-kata ugutan yang bermaksud lelaki itu akan melakukan jenayah rogol dan bunuh, yang Whatsapp tersebut diterima oleh bekas isteri pelawak itu Dr Jezamine Lim dan perbuatannya itu telah menakutkan secara jenayah kepada mangsa.

Kandungan Whatsapp itu kemudian dibaca Dr Jezamine di sebuah restoran di sini pada 8.50 pagi, 23 Jan.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mageswary bertanya kepada tertuduh adakah dia yang melakukan kesalahan itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mageswary bertanya kepada lelaki itu adakah dia yang melakukan kesalahan itu.

Izzuddin menjawab; “Ya dan niat saya hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskander sahaja. Saya tiada maksud yang lain. Ini adalah kesalahan pertama saya dan saya sangat kesal”.

Peguam Qurratu Aini Zafirah Mat Shoib daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili Izzuddin memohon hukuman rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada lelaki itu, kerana perkataan yang digunakannya akan mendatangkan bencana kepada anak perempuan Harith Iskander dan Dr Jazemine.

“Alasan bahawa tertuduh masih muda dan kesalahan pertama adalah tidak wajar hukuman pemenjaraan tidak dikenakan kepada tertuduh. Alasan yang digunakan bahawa dia hanya ingin mainkan perasaan Harith Iskander adalah tidak wajar sama sekali,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, Dr Jazemine telah dimaklumkan oleh seorang kakitangannya bahawa telefon bimbit syarikat pengadu (Dr Jazemine) menerima mesej berunsur ugutan jenayah rogol, bunuh berserta dengan gambar anak-anak pengadu daripada satu nombor yang tidak dikenali.

Bimbang keselamatan diri dan keluarga, pengadu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Hasil siasatan polis mendapati, nombor telefon kepunyaan Izzuddin bersepadanan dengan nombor telefon Whatsapp yang diterima mangsa.

Kandungan mesej tersebut pada awalnya ada di dalam telefon bimbit lelaki itu tetapi dia telah memadamkannya.

Perkataan yang digunakan Izzuddin juga jelas menunjukkan dia faham apa yang dimaksudkan sebagai perkataan yang mengugut untuk mendatangkan bencana atau bahaya bagi jenayah rogol dan bunuh kepada anak-anak pengadu dan Harith Iskander, dengan niat untuk mencetus ketakutan atau kegentaran kepada pengadu serta pelawak itu. – 31 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related