HEADLINES

Kerajaan akan perkenal skim lindungi pekerja di luar waktu pejabat: PM

Beliau berkata pengenalan skim itu hasil kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti hanya di pintu kilang atau pintu pejabat

1:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) bagi memastikan pekerja terus dilindungi walaupun di luar waktu pejabat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, skim berkenaan akan meluaskan perlindungan sepanjang masa kerana kemalangan dan kecederaan tidak terikat kepada jadual tertentu.

Pengenalan skim itu, katanya, adalah hasil kesedaran bahawa tekanan kerja tidak terhenti hanya di pintu kilang atau pintu pejabat.

“Dalam era susunan kerja yang fleksibel dan jarak jauh, pembaharuan ini akan menyelaraskan perlindungan dengan realiti cara hidup serta cara orang bekerja pada masa kini,’’ katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia Steven Sim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Beliau memberitahu, proses itu turut merangkumi pendigitalan bagi memastikan perlindungan sosial disampaikan dengan lebih berkesan.

Februari lalu, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dilaporkan berhasrat melaksanakan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.

Sementara awal bulan ini, Sim berkata Kesuma sedang merangka pindaan terhadap Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada pekerja di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).- 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related