◉ HEADLINES

Kes tikam: Suspek hanya ada masalah pembelajaran, bukan mental

Polis berkata, dakwaan yang tersebar mengatakan pihak sekolah mengetahui suspek berumur 14 tahun itu mempunyai masalah mental adalah tidak benar

2:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata pihak sekolah mengetahui suspek yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya Selasa lalu, hanya mempunyai masalah pembelajaran.

‎‎Shazeli berkata, dakwaan yang tersebar mengatakan pihak sekolah mengetahui suspek berumur 14 tahun itu mempunyai masalah mental adalah tidak benar.

‎‎”Saya berpendapat tidak adil‎ untuk saya memberikan komen keadaan mental tersebut kerana pihak polis bukan pakar psikiatri, jadi kita perlu merujuk kepada pakar yang sepatutnya, dari segi fizikal, keadaan semasa nampak okey, itu saja saya boleh katakan.

‎‎”Setakat siasatan hingga kini, saya‎ dimaklumkan bahawa suspek ada menjalani proses kaunseling pemulihan untuk membaiki dari segi kaedah pembelajaran dia, bukan dari segi kesihatan mental atau personaliti dia, perkara ini diuruskan oleh pihak sekolah,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Walkabout bersama Usahawan Little India bersempena sambutan Deepavali di Jalan Tengku Kelana, di Klang hari ini.

‎Menurut Shazeli, pihaknya juga sedang melihat kepada pengaruh permainan video serta kandungan media sosial tertentu yang berkemungkinan menjadi faktor pendorong kepada tindakan kejam itu.

‎‎Katanya, dua lagi individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini selain hasil bedah siasat terhadap mangsa remaja perempuan itu akan diketahui dalam masa sebulan.

‎‎”Polis kini sedang meneliti semua aspek termasuk motif dan pengaruh luar yang mungkin mendorong tindakan suspek,” katanya lagi.

‎‎Media semalam melaporkan, remaja lelaki yang menikam rakan sekolahnya itu sehingga maut dipercayai meminati mangsa secara rahsia.

‎Semalam, Mahkamah Majistret turut membenarkan reman selama tujuh hari terhadap remaja terbabit bagi membantu siasatan. – 16 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

Unofficial tally: GRS dominates Sabah election as BN and Warisan make gains, DAP defeated

Early results show GRS leading with a strong foothold, while BN and Warisan see notable victories. DAP fails to retain any seats in a dramatic shift

◉ Related