◉ HEADLINES

Lebih 800,000 bahan lucah kanak-kanak, dewasa dirampas, remaja antara ditahan: Ketua Polis Negara

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 880,000 fail digital bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di ruang siber dan pornografi ditemui menerusi Op Pedo Bersepadu 2.0, yang diadakan di 37 lokasi seluruh negara pada 23 September lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, operasi yang dijalankan oleh polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu turut menahan 31 individu.

Jelasnya, penemuan itu merupakan peningkatan lebih 20 kali ganda berbanding Op Pedo 1.0 yang diadakan pada Disember 2024 iaitu 40,000 fail digital.

Menurutnya, semua suspek lelaki berusia 12 hingga 71 tahun meliputi pelbagai latar belakang termasuk pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), guru, jurutera, pereka grafik dan penganggur.

“Maklumat diperoleh melalui analisis siber, pemantauan dark web, serta aduan pengguna yang prihatin terhadap aktiviti mencurigakan berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian

“Ia dilaksanakan secara serentak di 37 lokasi di seluruh negara, melibatkan 206 pegawai dan anggota daripada 14 kontinjen PDRM dan MCMC,’’ katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau memberitahu, 17 suspek telah dituduh di mahkamah antara 24 September hingga 10 Oktober lalu, manakala 14 lagi dibebaskan dengan jamin,” lapor Harian Metro.

Menurut Mohd Khalid, rampasan membabitkan 82 peranti digital itu termasuk komputer, telefon bimbit, modem dan storan digital dengan enam yang ditahan itu adalah kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun.

Beliau memberitahu, modus operandi jenayah ini membabitkan tindakan suspek mengakses dan memuat turun bahan CSAM melalui Telegram, WhatsApp, Facebook, Instagram, Tumblr, dark web, serta cloud storage (storan awan).

“Sebahagian mereka berperanan sebagai pentadbir kumpulan Telegram dan menawarkan akses berbayar kepada bahan CSAM melalui transaksi e-wallet dan kod QR perbankan,” katanya.

“Sebanyak 29 kertas siasatan dibuka mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 8, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 10, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Katanya,daripada jumlah itu, 15 kertas siasatan mendapat arahan tuduh membabitkan 17 individu di mana 15 daripadanya mengaku salah dan dikenakan denda antara RM1,000 hingga RM10,000, manakala dua suspek memilih untuk dibicarakan. – 24 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related