◉ HEADLINES

Seorang pelajar UiTM meninggal dunia, 8 lagi dirawat selepas sertai Komander Kesatria Endurance Challenge

Menurut polis mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar lelaki berusia 21 tahun dan butiran lanjut akan diberi selepas laporan bedah siasat diterima

12:59 PM MYT

 

KUANTAN – Seorang peserta meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dekat Jengka, Maran. 

Ketua Polis Daerah Maran Superintendan Wong Kim Wai berkata pihaknya menerima laporan melibatkan kejadian itu pada 6.59 petang semalam. 

“Mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar lelaki berusia 21 tahun dan butiran lanjut akan diberi selepas laporan bedah siasat diterima,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, kesemua mereka tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dipercayai akibat faktor cuaca panas. 

Sementara itu, UiTM Cawangan Pahang dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga peserta program KKEC daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal. 

Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham.

“Pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar serta dipermudah tanpa sebarang kesulitan,” menurut kenyataan itu. 

UiTM memaklumkan sebagai bukti komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pihak penganjur telah menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan.

Menurut kenyataan itu, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia berlangsung dari 2 hingga 8 Sept di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat.

“Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula. Malah, beberapa peserta terdahulu telah pun diminta menarik diri selepas didapati tidak melepasi saringan akhir tersebut,” menurut kenyataan itu. 

Pihak UiTM memandang serius kejadian ini dan akan terus memantau rapi situasi semasa bagi memastikan kebajikan semua pihak yang terlibat terpelihara.

“Segala kesulitan amatlah dikesali, dan kerjasama serta doa daripada semua pihak amat dihargai dalam mendepani waktu yang sukar ini,” menurut kenyataan itu. – 6 September, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

AFC flags structural gap as Malaysia stands out in Asean football governance without club representation

Malaysia has been highlighted by the Asian Football Confederation as a rare case in Asean football governance, with no club representation in the Football Association of Malaysia’s (FAM) membership structure, placing it alongside Sri Lanka and behind regional peers that have integrated clubs into decision-making roles

◉ Related