◉ HEADLINES

Waspada ancaman penggodam profesional termasuk Lazarus Group, APT : MCCA

Siraj berkata Malaysia mempunyai asas keselamatan siber yang semakin kukuh menerusi kerjasama antara komuniti keselamatan siber, industri dan kerajaan selain pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024

5:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lazarus Group dan Kumpulan Ancaman Berterusan Lanjutan (APT), merupakan antara kumpulan penggodam profesional yang dikaitkan dengan negara asing dan berupaya menceroboh rangkaian serta melumpuhkan perkhidmatan penting.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, Lazarus Group dikaitkan dengan Korea Utara dan dipercayai terlibat dalam beberapa insiden penggodaman antarabangsa termasuk serangan terhadap sektor kewangan serta platform pertukaran mata wang kripto.

Siraj berkata, APT pula, yang dikaitkan dengan Rusia dan beberapa negara lain juga berupaya menceroboh sistem organisasi secara tersembunyi dalam tempoh panjang bagi mencuri maklumat atau mengganggu operasi perkhidmatan penting.

“Justeru Malaysia perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap ancaman kumpulan penggodam profesional yang dikaitkan dengan negara asing ini.

“Kumpulan itu bukan sahaja mempunyai organisasi tersusun malah didakwa mendapat sokongan atau pembiayaan pihak tertentu bagi melaksanakan serangan siber berskala besar terhadap organisasi dan negara lain,’’ katanya lapor Bernama.

Mengulas mengenai peningkatan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara daripada Rendah kepada Sederhana yang diumumkan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), beliau berkata langkah itu mencerminkan pendekatan proaktif kerajaan dalam memperkukuh perlindungan infrastruktur digital negara.

Siraj berkata Malaysia mempunyai asas keselamatan siber yang semakin kukuh menerusi kerjasama antara komuniti keselamatan siber, industri dan kerajaan selain pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

“Keselamatan siber Malaysia berada pada tahap yang baik dan semua pihak termasuk komuniti keselamatan siber, industri serta kerajaan, konsisten mempertingkat kesiapsiagaan dalam mendepani ancaman semasa,” katanya.

Beliau berkata peningkatan tahap ancaman itu juga adalah langkah berjaga-jaga bagi memastikan semua pihak bersedia mendepani sebarang kemungkinan tanpa menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat sekiranya berlaku pencerobohan atau gangguan terhadap perkhidmatan penting.

“Kita perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana ancaman boleh datang daripada individu, kumpulan tertentu mahupun negara yang menggunakan pihak ketiga atau kumpulan yang ditaja negara tertentu.

“Selalunya, serangan siber ini tiada elemen negara yang menyerang kerana biasanya akan menggunakan kelompok anonymous, atau yang tidak dikenali, dan membentuk serangan terhadap negara lain,” katanya.

Siraj berkata serangan siber turut menjadi sebahagian daripada konflik geopolitik apabila pihak yang bertelagah menggunakan ruang digital untuk menyasarkan infrastruktur dan sistem negara lawan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata benteng pertahanan digital negara bertunjangkan koordinasi bersepadu giat dilaksanakan oleh NACSA bersama dengan CyberSecurity Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berpotensi menjadi sasaran serangan siber berikutan kekuatan infrastruktur digital dan pusat data negara selain pendirian tegas kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya Palestin serta Gaza. – 9 November, 2026

Topics

 

◉ Hangat

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

◉ Related