◉ HEADLINES

Perdana Menteri tiba di Melbourne untuk lawatan rasmi pertama ke Australia

Malaysia dan Australia akan membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, ekonomi digital dan keselamatan siber

9:07 PM MYT

 

MELBOURNE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne malam ini untuk memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Anthony Albanese.

Pesawat khas yang membawa Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Jet Base kira-kira 10.40 malam waktu tempatan atau 7.40 malam waktu Malaysia.

Semasa lawatannya, Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia dari 5 hingga 6 Mac.

Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia dan Australia akan mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan spektrum kerjasama yang luas, disokong oleh rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, ekonomi digutal dan keselamatan siber.

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia, dengan ASEAN dan Australia akan mengkaji semula situasi kerjasama semasa dan membincangkan penambahbaikan kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan dan kerjasama maritim.

Ketibaan Anwar dan isteri disambut Wakil Khas Perdana Menteri Australia merangkap Penolong Menteri Luar, Tim Watts dan wakil Premier Victoria, Nick Staikos, selain Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. – Gambar Facebook Anwar Ibrahim, 3 Mac, 2024

Sidang Kemuncak Khas itu dijangka menerima  pakai Pernyataan Visi Pemimpin ASEAN-Australia dan Deklarasi Melbourne, sebagai dokumen panduan untuk memajukan lagi hala tuju strategik perkongsian ASEAN-Australia.

“Penyertaan Malaysia di ALM dan Sidang Kemuncak Khas itu mencerminkan komitmen yang kuat untuk mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Australia di bawah rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif, menerusi platform dua hala atau multilateral,” kata Wisma Putra.

Sementara di Melbourne, Anwar dijadualkan merasmikan Kompleks Sukan Al-Taqwa, menghadiri mesyuarat meja bulat dengan pemimpin industri, mengadakan perjumpaan perniagaan seorang ke seorang dengan pelabur berpotensi, menyampaikan ucaptama di Invest ASEAN Melbourne 2024 dan menjadi hos dalam majlis makan malam untuk diaspora Malaysia.

Di Canberra, Anwar juga dijadualkan melakukan kunjungan hormat kepada  Gabenor Jeneral Australia, David Hurley dan menyampaikan syarahan umum di Australian National University di sana. – 3 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related