HEADLINES

Suami culas bayar nafkah berdepan sitaan harta, tahan pendapatan

Kegagalan memilih saluran atau mekanisme sesuai boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah, kata Mohammad Fahmi

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sitaan aset merupakan antara mekanisme yang sedang dirangka kerajaan negeri terhadap suami yang culas dan ingkar dalam mematuhi perintah pemberian nafkah di Selangor.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah, ia melibatkan perintah tahan pendapatan, hiwalah (garnishment order), atau penjualan harta pihak yang ingkar nafkah.

“Pemilihan mekanisme tepat dan efisien oleh pihak yang menuntut nafkah khususnya bekas isteri atau penjaga anak adalah antara faktor penting dalam memastikan keberkesanan penguatkuasaan perintah nafkah, lapor Bernama. 

“Kegagalan memilih saluran atau mekanisme sesuai boleh menyebabkan kelewatan, kekeliruan dan akhirnya menjejaskan hak penerima nafkah,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) yang ingin tahu apakah usaha untuk menambah baik undang-undang di negeri supaya tindakan lebih tegas diambil terhadap kes culas membayar nafkah. 

Menurut Mohammad Fahmi, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) juga sedang merangka peluang kerjasama strategik bersama agensi lain seperti  Jabatan Pendaftaran Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan institusi kewangan bagi membantu proses pengesanan dan penyitaan aset pihak yang ingkar perintah nafkah.

“Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama-sama JAKESS, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), ahli akademik dan pakar perundangan syariah sedang meneliti dan mencadangkan pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 bagi memperkemas peruntukan berkaitan penguatkuasaan perintah nafkah,” katanya. 

Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, sebanyak 1,189 aduan pelanggaran nafkah diterima oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Selangor sejak tahun 2022  hingga 31 Mei 2025. – 7 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related