◉ HEADLINES

Umno Kelantan batal rumah terbuka, ikut saranan PM

Majlis berbuka puasa turut ditangguhkan, Ahmad Jazlan akui ekonomi negeri masih lemah tanpa sokongan pusat dan swasta

9:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – UMNO Kelantan mengambil langkah drastik membatalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri peringkat negeri tahun ini, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar budaya berjimat cermat diamalkan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub, berkata keputusan itu dibuat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan krisis kewangan akibat ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Selain rumah terbuka, majlis berbuka puasa yang dirancang pada penghujung Ramadan turut ditangguhkan,” katanya selepas menghadiri majlis moreh Ramadan bersama pengamal media Kelantan malam tadi.

Pada 11 Mac lalu, Perdana Menteri menegaskan semua kementerian, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak akan menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini. Langkah itu dipersetujui Jemaah Menteri sebagai mesej jelas bahawa kerajaan komited mengamalkan pendekatan sederhana dan berhemat dalam perbelanjaan.

Sementara itu, Ahmad Jazlan turut mengulas keadaan ekonomi negeri, menyatakan Kelantan masih berdepan pertumbuhan lemah jika tidak dibantu Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta.

Beliau membandingkan pembangunan negeri itu dengan Johor yang lebih maju, Pahang yang merekodkan pendapatan melebihi RM1 bilion, serta Melaka yang berdaya saing sebagai destinasi pelancongan. – 16 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related