◉ HEADLINES

Saya sudah makan dua bungkus nasi lemak sebelum buat persembahan malam ini…: Judika

Penyanyi itu juga berkata, dia gembira kerana impiannya mengadakan konsert skala besar di hadapan ribuan penonton di Malaysia tercapai

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – “Impian saya tercapai apabila dapat menyanyi di hadapan ribuan orang di dalam sebuah konsert pada malam ini,” kata penyanyi pop rock Indonesia, Judika.

Dia berkata demikian sewaktu menjayakan Konsert Rock Mantic Judika dan The Gang di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Bahkan, Judika mengakui amat merindui Malaysia dan bertemu peminatnya di negara ini.

“Saya sudah makan dua bungkus nasi lemak sebelum datang ke sini.

“Saya sedia nyanyi sampai jam 2 pagi,” kata Judika sambil disambut deraian ketawa peminatnya.

Dalam konsert itu, Judika membawakan beberapa lagu hitsnya, termasuk Jikalau Kau Cinta, Tak Mungkin Bersama, Sampai Kau Jadi Milikku, Tentang Rahsia, Putus Atau Terus serta Jadilah Aku Sebentar Sahaja.

Judika turut membawakan lagu Mama Papa Larang yang dihasilkan berdasarkan kisah realiti hidupnya apabila terpaksa berjuang selama enam tahun untuk memenangi hati ibu bapa dan bapa mertuanya, sebelum mengahwini isterinya, Duma Riris Silalahi.

Sesuai dengan tema konsert, Judika turut ditemani beberapa penyanyi undangan dari Malaysia dan Indonesia.

Penyanyi dari Malaysia adalah Marsha Milan, Hakiem Rusli dan Shila Amzah, manakala dari Indonesia, Dnanda, Daniel Pattinama dan Axin Xay. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Popular

‘Saya khuatir teguran PM berasaskan gambaran tidak lengkap’ : MB Negeri Sembilan

Menurut Ismail, beliau mengambil maklum mengenai teguran Perdana Menteri namun menegaskan ia kemungkinan berasaskan maklumat yang tidak lengkap

Cultural norms and combating sexual harassment in Malaysia – Jane Terpstra-Tong

At its core, sexual harassment is a manifestation of the power imbalance between perpetrator and victim

Sistem apa nak guna untuk pengagihan subsidi RON95? Mykad atau sistem khas, soal Ka Siong

'Sebelum ini saya cadangkan subsidi petrol ditentukan berdasarkan jenis dan nilai kenderaan, bukan berdasarkan kepada pendapatan individu semata-mata,' kata Wee Ka Siong

◉ Related