◉ HEADLINES

Polis sahkan panggil Agus, Chegu Bard bagi keterangan isu video sembang lucah

Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

11:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-kom), Datuk Mohammad Agus Yusoff dan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berhubung penularan video melibatkan dua lelaki yang telah ditularkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Agus dipanggil bagi merakamkan sambungan percakapan.

“Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shuhaily turut memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan termasuk membuat penularan semula rakaman video tersebut.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan kemudahan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Agus, hari ini telah memberikan keterangan selama hampir empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Kajang, Selangor.

Dalam keterangannya, Agus memaklumkan beliau telah mendedahkan identiti Mr H kepada polis.

Sebelum ini, Agus dan Penolong Pegawai J-Kom, Abdul Wahab Kadir Jilani mendakwa video perbualan mereka telah disunting.

Sementara itu, Chegu Bard memuat naik rakaman terbabit di platform media sosialnya, selepas mendakwa klip video berkenaan sudah pun tersebar, bertujuan mendapatkan maklum balas berhubung ketulenannya. – 20 November,2023

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related