◉ HEADLINES

Fama sedia bantu pasarkan beras tempatan

Penjualan beras boleh dilakukan menerusi lebih 1,400 pusat operasi milik agensi itu di seluruh negera termasuk pasar tani, Jualan Agro Madani dan pelbagai lagi

4:56 PM MYT

 

GEORGE TOWN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersedia untuk membantu memasarkan beras tempatan di kawasan yang mengalami masalah kekurangan bekalan dalam usaha membantu orang ramai mendapatkan makanan asas itu.

Ketua Pengarah Fama Abdul Rashid Bahri berkata penjualan beras boleh dilakukan menerusi lebih 1,400 pusat operasi milik agensi itu di seluruh negera termasuk pasar tani, Jualan Agro Madani dan pelbagai lagi.

“Kerajaan ada minta Fama bantu untuk jual beras tempatan di outlet dan pusat operasi Fama, kita bersedia membantu untuk pasarkan bagi pastikan bekalan beras ada di pasaran terutama di tempat-tempat berlaku kekurangan beras, bukan kita jual beras di pasar raya.

“Fama kini menunggu arahan selanjutnya daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) yang dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan pengeluar padi, esok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan portal Agrobazar Online (ABO) 3.0 di sini hari ini.

Akhbar melaporkan Bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan susulan langkah intervensi segera yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata langkah intervensi menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.

Pada 2 September lepas pengilang padi dan pemborong beras negara diminta kerajaan untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus menerusi Program Khas BPT sebagai langkah intervensi memulihkan bekalan di pasaran.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata sebelum ini Fama berpengalaman membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan telur pada tahun lepas dengan menyediakan ruang pasaran dan memasarkan telur di kawasan yang berlaku kekurangan bahan makanan itu.

“Kita (Fama) telah diminta untuk membantu kerajaan (pasarkan beras) berdasarkan pengalaman Fama sebelum ini yang telah mengedarkan telur ketika berlaku kekurangan telur di pasaran tahun lepas.

“Sebagai contoh di Pantai Timur pada masa itu, ada kekurangan telur kerana pengeluarannya di kawasan Pantai Barat. Dengan semangat yang sama juga Fama akan bantu kerajaan atasi isu berkaitan bekalan beras ini,” katanya. – 6 September, 2023

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related